Blogger Templates

Sunday, 6 November 2011

Plag 3 Pin 13 Ampere

video


1.  Plag ini mempunyai 3 tamatan iaitu :
  • Tamatan hidup       (Teras perang)
  • Tamatan neutral    (Teras biru)
  • Tamatan bumi        (Teras hijau kuning)
Gambar Foto : Plag 3 pin 13A

2.  Plag ini dilengkapi dengan fius katrij yang berkadaran13 ampere
     sebagai alat keselamatan. Banyak alatan dan perkakas elektrik 
     di rumah menggunakan plag ini.

Pendawaian Plag 3 pin 13A

1.  Pendawaian plag 3 pin dibuat dengan kabel tiga teras.

2. Apabila mendawai plag 3 pin 13 A, kod warna mesti dipatuhi 
    untuk mengelakkan kemalangan yang mungkin berpunca
    daripada kesalahan pendawaian.


Tugasan Amali :
Arahan :  Sila jalankan amali pendawaian plag 3 pin 13 A mengikut
                      langkah-langkah yang ditunjukkan di dalam video. 

1. Alatan dan bahan yang digunakan untuk pendawaian plag 3 pin 
    13A ialah :
  • Plag 3 pin 13A
  • Kabel teras berpenebat PVC 30cm panjang
  • Penjalur wayar
  • Pena ujian
  • Pemotong sisi
2. Langkah-Langkah pendawaian plag 3 pin 13A
    2.1  Potong penebat PVC tiga teras 4 cm dengan menggunakan
           pemotong sisi. Berhati-hati supaya tidak terpotong wayar 
           di dalamnya.
    2.2 Buka penutup plag dan longgarkan skru pengapit.
    2.3 Jalurkan ketiga-tiga wayar itu dengan menggunakan penjalur
           wayar. Kemudian pintalkan ketiga-tiga hujung teras yang telah
           dijalur.
    2.4 Masukkan kabel di bawah pengapit dan ketatkan semula skru.
    2.5 Longgarkan skru pada setiap tamatan dan selitkan wayar melalui 
           lubang tamatan.
    2.6 Pastikan kod warna adalah betul. Ketatkan skru.



Soalan : Sila salin dan lengkapkan jawapan bagi soalan yang berikut:
1.  Namakan tiga tamatan yang terdapat dalam plag 3 pin 13A.
     a.  _________________
     b.  _________________
     c.  _________________


2.  Nyatakan nilai arus yang terdapat dalam fius katrij pada 
     plug 3 pin 13A.
     __________________


3.  Tuliskan kod warna pada tamatan plag 3 pin 13A yang berikut:
      a.  Tamatan bumi   (E)          _________________
      b.  Tamatan neutral (N)        _________________
      c.  Tamatan hidup (L)            _________________


4. Nyatakan 3 alatan yang diperlukan untuk membuat pendawaian 
    3 pin 13A.
    a.  _________________
    b.  _________________
    c.  _________________


5. Tuliskan langkah -langkah membuat pendawaian plag 3 pin 13A mengikut
     turutan :
     a. _________________________________________________
     b. _________________________________________________
     c.  _________________________________________________
     d. _________________________________________________
     e. _________________________________________________
     f.  _________________________________________________
          

No comments:

Post a Comment